translator English French German Spain Italian Dutch Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese SimplifiedTRANLATOR:

wong284

��saya mahu FREE BTC freebitco.in...saya mahu FREE BTC freebitco.in...saya mahu FREE BTC freebitco.in...saya mahu FREE BTC freebitco.in...saya mahu FREE BTC freebitco.in...saya mahu FREE BTC freebitco.in...saya mahu FREE BTC freebitco.in...saya mahu FREE BTC freebitco.in...saya mahu FREE BTC freebitco.in


ethtrade

| home | | about us | | contact us | | PESANAN |
" Selamat datang ke IKLAN FREE STAYTUNE ONLINE Di sini anda boleh iklankan produk dan perkhidmatan yang anda ada dengan PERCUMA dan mula mengiklan PERCUMA sekarang. Jangan tunggu lagi! Letak iklan PERCUMA anda sekarang!!http://tiphamil2u.blogspot.com/!!http://www.wix.com/biodexkajangstore/mazli"
" Selamat datang ke IKLAN FREE STAYTUNE ONLINE Di sini anda boleh iklankan produk dan perkhidmatan yang anda ada dengan PERCUMA dan mula mengiklan PERCUMA sekarang. Jangan tunggu lagi! Letak iklan PERCUMA anda sekarang!!http://tiphamil2u.blogspot.com/!!http://www.wix.com/biodexkajangstore/mazli"

Rabu, 7 Jun 2017

RISIKO PERNIAGAAN

MENGENALI RISIKO JENIS PERNIAGAAN

Setiap bisnes sama ada bisnes kecil atau besar mempunyai risiko.Risiko kecil atau besar. Setiap jenis bisnes adalah berbeza risikonya.Risiko bukanlah penyebab kepada kegagalan bisnes namun usahawan perlu memahami setiap risiko agar berusaha mencari jalan mengatasi risiko.

Risiko bukan satu alasan untuk menjadikan kita menjauhi keusahawanan.Risiko adalah cabaran dan ujian dalam bisnes.Kehidupan ini adalah risiko.Contoh yang mudah adalah risiko berada di jalan raya adalah kemalangan.Adakah kerana kita takutkan risiko maka kita tidak akan berada di jalan raya? Begitu juga risiko perkahwinan adalah perceraian.Adakah kerana takutkan risiko maka kita tidak mahu berkahwin dan membujang selamanya?

Begitulah perniagaan.Kita perlu akan berhadapan dengan risiko.Begitu juga pekerjaan.Ramai orang beranggapan bekerja makan gaji tiada risiko sedangkan apabila majikan jatuh bangkrap seperti kilang ditutup,maka pekerja akan kehilangan pekerjaan.Jadi apa jua kehidupan bakal berhadapan dengan risiko. Negara kita pernah mengalami kegawatan ekonomi pada tahun 1997 akibat penurunan nilai mata wang dan ribuan kilang telah ditutup.Ini membuktikan apa jua cabang kehidupan pasti mempunyai risiko.

Contoh risiko mengikut jenis perniagaan adalah:

1.Restoran-Risiko dalam perniagaan ini adalah kerugian yang diakibatkan oleh rosak dan luputnya makanan dan minuman.Jika setiap hari lauk dan menu tidak habis,maka ianya akan dibuang dan mendatangkan kerugian kepada peniaga.Ini adalah risiko yang sering menimpa pengusaha restoran dan kedai makan.Peniaga perlu bijak melakukan usaha dan tindakan agar risiko ini dapat dielakkan.

2.Penternakan-Risiko yang akan dihadapi oleh pengusaha dan peniaga adalah masalah penyakit yang menimpa haiwan peliharaan.Jika ayam dan lembu ditimpa penyakit,maka peniaga akan kerugian apabila haiwan tersebut mati atau disahkan tidak boleh dijual kerana mendatangkan risiko kepada manusia.Begitu juga penternak ikan akan menghadapi risiko kematian akibat racun atau penyakit.Bidang penternakan tidak dapat mengelakkan risiko,justeru peniaga perlu bijak mengambil pelbagai langkah mengelakkan pelbagai risiko dalam penternakan.

3.Pengurup wang-Risiko perniagaan ini adalah permintaan.Kebiasaannya,pengurup wang mengharapkan kedatangan pelancong yang ramai kerana hanya pelancong yang banyak memerlukan khidmat tukaran wang.Apabila pelancong berkurangan,maka aktiviti perniagaan semakin kurang.Ini akan menjejaskan perniagaan.

4.Barang-barang kemas-Risiko yang akan melanda perniagaan ini adalah permintaan.Apabila negara mengalami masalah ekonomi,permintaan kepada barang kemas adalah kurang kerana rakyat berbelanja dengan berhemat.Pelanggan hanya akan mencari barang kemas apabila amat diperlukan seperti pertunangan dan perkahwinan.Permintaan terhadap barang kemas adalah kurang.Perniagaan ini juga akan berhadapan risiko kecurian dan rompakan.Banyak kejadian rompakan dan kecurian berlaku melibatkan kedai yang menjual barang-barang kemas.

5.Farmasi-Risiko permintaan kurang.Kebanyakan rakyat jarang mengunjungi farmasi apabila demam dan sakit kerana beranggapan mengunjungi hospital dan klinik adalah lebih baik.Sikap pengguna yang tidak mendapatkan makanan kesihatan seperti vitamin juga menjejaskan perniagaan ini.Perniagaan ini juga berhadapan dengan risiko bekalan ubatan yang mempunyai tempoh masa untuk digunakan dengan terhad. 6.Kedai pakaian-Risiko yang akan dihadapi perniagaan ini adalah pertukaran fesyen dan rekaan.Ini akan menyebabkan stok bertimbun dan kerugian.Perniagaan ini juga akan berhadapan dengan risiko permintaan kerana pakaian bukan keperluan utama dan kebanyakan pengguna lebih mementingkan makanan.

7.Kedai runcit-Risiko had tempoh masa jenis barang dijual adalah terhad dan terbatas.Apabila barang-barang telah busuk atau tamat tempoh penggunaan,peniaga berhadapan dengan kerugian.

8.Perabot-Risiko permintaan terhad.Pengguna hanya akan membeli perabot apabila perabot rosak dan ini akan memakan masa bertahun-tahun.

9.Barang elektrik-Risiko permintaan terhad dan perubahan teknologi.Peniaga akan berhadapan risiko jika jualan kurang.Perubahan model dan teknologi pantas juga menyebabkan lambakan stok.

10.Penerbitan-Risiko permintaan kurang akan melambakkan stok dan peniaga menanggung kerugian.Penerbitan bergantung kepada pembeli yang rajin membaca.

11.Kontraktor-Risiko tender dan kerja kurang.Ini akan menjejaskan perniagaan.

12.Cermin mata-Permintaan terhad dan akan melambatkan perjalanan perniagaan.

13. Besi buruk-Risiko bekalan terhad dan terbatas.

14.Bunga-Risiko bunga mudah layu dan rosak.Begitu juga permintaan.

15.Makanan segera-Risiko kurang pelanggan akibat persaingan harga,lambakan stok makanan.

16.Kolam memancing-Risiko kurang pelanggan kerana pemancing memilih alternatif lain seperti lombong,sungai dan laut.

17.Klinik haiwan-Risiko kurang permintaan,makanan dan ubatan haiwan mempunyai masa dan tempoh terhad.

18.Barang-barang kaca-Risiko permintaan terhad,barang mudah pecah.

19.Kedai buku-Risiko lambakan buku,permintaan kurang akibat tiada kesedaran membaca.

20.Keperluan pengantin-Risiko permintaan terhad dan bermusim.

21.Sewa kenderaan-Risiko permintaan terhad,kerosakan kenderaan.

22.Barang antik-Risiko kurang permintaan dan terhad.

23.Kek-Risiko permintaan kurang dan bermusim.

24.Kraftangan-Risiko permintaan terhad,lambakan stok.

25.Produk kesihatan-Risiko permintaan terhad,stok mempunyai had masa tertentu.

26.Produk kecantikan-Risiko permintaan terhad.

27.Landskap-Risiko permintaan terhad dan bermusim.

28.Penternakan ikan -Risiko penyakit dan kematian.Banyak juga berlaku kes kolam ikan diracun kerana hasad dengki .

29.Pelancongan-Risiko permintaan terhad dan bermusim.

30.Bengkel membaiki kenderaan-Risiko permintaan terhad.

31.Kaset,cd,vcd,dvd-Risiko kurang jualan lantaran masalah cetak rompak.

Demikianlah beberapa risiko yang akan dihadapi oleh peniaga yang menjalankan perniagaan mengikut jenisnya.Peniaga patut menyedari setiap risiko perniagaan yang akan wujud dalam setiap perniagaan.Peniaga perlu mencari jalan agar risiko dapat diminimumkan atau dihapuskan sama sekali.

Risiko dalam perniagaan tidak sepatutnya menjadi batu penghalang atau ketakutan kepada bangsa Melayu untuk menceburi perniagaan dan menjadi usahawan.Apabila peniaga mengkaji setiap risiko perniagaan,peniaga perlu mencari idea dan langkah positif agar mengelakkan risiko atau meminimumkan risiko.Itulah peniaga bijak.

Jangan jadikan risiko sebagai penutup kemahuan anda untuk berniaga.Ingatlah,tiada satu pun perniagaan yang tidak mempunyai risiko.Setiap perniagaan akan datang bersama risiko.Justeru anda perlu bijak mencari idea dan membuat pelbagai pelan dan strategi supaya risiko dapat ditangani.

Oleh demikian perkara penting sebelum menjadi usahawan adalah ilmu dan kemahiran.Ramai bertanya bagaimana mencari ilmu kerana mereka belum lagi berniaga dan ilmu datang setelah berniaga.Pandangan ini adalah silap.Pepatah ada mengatakan sediakan payung sebelum hujan.Bukan sudah hujan baru terkebil-kebil mencari payung!

Pada nota sebelum ini saya telah menceritakan jenis perniagaan yang kita mahu pilih.Sebelum mahu memilih jenis perniagaan kita perlu membuat kajian dan perancangan agar bisnes yang kita pilih adalah betul.

Ramai usahawan gagal dalam bisnes kerana mereka tidak memahami setiap risiko bisnes yang mereka jalankan.Mereka juga gagal kerana gagal menangani setiap risiko yang hadir.

Kita perlu belajar dan belajar.Saya membuka blog ini untuk memberi ilmu,bukan menjual barang.Saya tidak perlukan pujian dan juga tidak mahukan kejian.Saya mahu lebih ramai Melayu berkecimpung dalam bisnes.Saya juga mahu yang telah berniaga mmepunyai ilmu dan kemahiran memajukan lagi bisnes.

Selasa, 18 Disember 2012

Panduan Makanan Berkhasiat


Panduan pemakanan berkhasiat

Kurangkan penggunaan lemak dalam penyediaan makanan dengan mengehadkan pengambilan makanan bergoreng dan menggunakan sedikit minyak ketika memasak.
Pengambilan lemak sepatutnya tidak melebihi 30 peratus jumlah kalori harian dan jika berlebihan, ia akan membentuk plak pada dinding saluran darah sehingga menyebabkan salur darah tersumbat. Cara lain bagi mengurangkan pengambilan lemak ialah dengan menyediakan makanan rendah lemak dan memilih makanan rendah kolesterol.
Garam juga perlu diambil secara sederhana bagi mengelak penyakit darah tinggi, tetapi ia perlu ada dalam hidangan bagi keperluan tubuh.
Dalam sehari, manusia hanya memerlukan 500 mg garam sedangkan mengikut ukuran satu sudu teh adalah bersamaan 2,100 mg garam. Jadi, untuk mengelak penggunaan berlebihan, pelbagai produk lain boleh digunakan sebagai sumber alternatif seperti MSG, kicap soya dan sos.
Elakkan juga penggunaan garam ketika menyedia dan memasak makanan dan elakkan menabur garam ketika menghidangkan makanan
Hadkan penggunaan sos dan serbuk perasa serta kurangkan kekerapan menghidang telur masin, ikan masin, sayur jeruk dan makanan diproses.
Kurangkan penggunaan gula dalam masakan dan pilih makanan yang rendah kandungan gula. Walaupun gula tidak mempunyai nutrien, ia penting dalam membekalkan tenaga. Setiap individu memerlukan 50 mg gula sehari, tetapi pengambilan berlebihan boleh menyebabkan kegemukan.
Kajian Kementerian Kesihatan mendapati penduduk berumur 18 hingga 59 tahun mengambil 21 gm gula pasir sehari (bersamaan 4 sudu teh) dan mereka juga cenderung mengambil 30 gm susu pekat manis sehari (bersamaan 3 sudu teh) untuk ditambah ke dalam minuman.
Elak daripada meminum teh tarik ketika makan nasi atau menikmati hidangan kerana ia boleh membantutkan pembentukan hemoglobin (sel darah merah) dan akhirnya mengundang penyakit.
Panduan terbaik menyajikan hidangan rendah gula, adalah dengan menyediakan minuman dengan gula atau susu rendah lemak secara berasingan, selain mengelak daripada menyalut kek dengan gula atau ising serta menambah gula dalam jus buahan.
Paling penting, setiap individu perlu minum enam hingga lapan gelas air sehari walaupun tidak merasa dahaga. Air adalah bahan penting untuk fungsi fisiologi di dalam badan, mengekalkan suhu badan dan pengeluaran bahan sisa daripada badan.

Ahad, 5 Februari 2012

Ajar anak cepat membaca

Bolehkah anak berusia 15 bulan membaca? Apa pandangan anda? Mustahil bukan? Tetapi pada usia inilah anak anda perlu dilatih untuk mula mempunyai minat untuk membaca supaya pada usia 3 tahun nanti mereka bersedia untuk membaca. Pada mulanya anak-anak kecil ini lebih berminat dengan warna buku, pergerakan kertas yang diselak, bunyi bising kertas dan suara lucu anda. Bagaimanapun, sambil anda bercakap dan membaca, mereka akan melihat pergerakan jari telunjuk anda dan mula melihat warna, bentuk dan corak gambar dan teks yang dibacakan. Sedikit demi sedikit bentuk dan corak tersebut menjadi lebih jelas dan biasa dengan mereka. Seterusnya mereka akan mengaitkan bentuk-bentuk tertentu dengan bunyi-bunyi tertentu. Biasanya mereka akan membalik-balikkan muka surat yang dibaca, menunjuk-nunjuk benda yang telah biasa dilihat dan kadang kala mendengar apa yang diceritakan dan mengikut bersama bercerita dengan bahasanya sendiri. Melalui bukulah, kanak-kanak dapat membina bahasa, belajar mendengar, memahami dan bercakap dan menggalakkan komunikasi. Buku juga bukan sahaja dapat meluaskan imaginasi dan pengalaman mereka tetapi juga membantu mereka memahami situasi dan cara orang disekelilingnya berinteraksi. Oleh itu ibu bapa bukan sahaja perlu bijak memilih buku yang sesuai tetapi juga pandai menggunakan buku untuk merangsang minat membaca kepada anak-anak kecil. Pada awalnya, pilihlah buku yang mempunyai ilustrasi binatang seperti kucing, ikan, ayam dan sebagainya, objek yang dekat dengannya seperti baju, kasut, sikat, dan sebagainya yang jelas, besar dan berwarna warni.Bercakaplah mengenai benda-benda di dalam buku tersebut seperti warna, bentuk, bunyi berkaitan dan kegunaannya. Namakan benda atau objek yang dilihat dengan sebutan yang jelas. Buku-buku yang interaktif dalam konteks ada bahagian gambar yang boleh ditarik, ditekan, diselak sangat menarik minat kanak-kanak supaya terlibat secara langsung dalam sesi membaca. Rangsang minat anak anda dengan menggalakkan mereka menarik, menekan, mencungkil dan menyentuh bahagian-bahagian tersebut. Jangan terlalu sayangkan buku sehingga mereka tidak dapat menyentuhnya. Aktiviti-aktiviti sebeginilah yang akan menjadikan mereka lebih berminat dengan buku dan merangsang otak mereka. Seterusnya dapatkan buku-buku nursery rhymes dengan kisah-kisah lama yang menarik dan penuh dengan hiburan dan pengajaran. Lagu-lagu yang dikaitkan dalam cerita-cerita ini dapat menarik minat mereka kepada buku dan seterusnya kepada cerita-cerita yang berlagu ini. Beberapa cadangan berikut mungkin dapat membantu anda menarik minat mereka kepada buku. 1.Adakan sesi membaca bersama-sama. Bacakan buku sambil mendakap mereka. 2. Bercerita dengan penuh emosi dan minat. Bunyikan bunyi binatang yang dilihat dengan bersungguh-sungguh dan ‘real’. 3. Libatkan aksi dan pergerakan , contohnya menggerakkan tangan seperti belalai gajah apabila bercerita. 4. Tanyakan soalan-soalan seperti berikut: Eh besarnya bola ini. Ani suka bola? Yang mana satu sudu yang Amir suka? Apa yang warna biru tu? Apa jadi selepas ini? 5. Bercerita dengan bahasa yang mudah. Contohnya: ” Ini kucing. Bunyi kucing ‘meow’ ‘meow’ ‘meow’. Kucing suka makan ikan” 6. Untuk sesi membaca atau bercerita bersama, lakukan beberapa cadangan berikut: minta anak anda mencari muka surat pertama atau permulaan cerita. sambil membaca, tunjukkan teks perkataan yang dibacakan. Ini akan membantu anak itu memahami arah pergerakan apabila membaca dan memahami secara tidak langsung bahawa teks perkataan penting dalam cerita yang dibacakan, bukan hanya gambar-gambar. minta anak anda membalikkan muka surat untuk anda. tokok tambahkan cerita yang dibacakan dengan maklumat lain supaya mereka lebih faham. tanyakan kepada mereka apa yang terjadi selepas ini. apabila mereka telah biasa dengan cerita yang dibacakan, minta mereka ceritakan kembali cerita tersebut. Saya macam tak percaya baby belum umur setahun boleh pandai membaca sehinggalah saya jumpa laman web ini. Memang menakjubkan! Apabila kanak-kanak sudah mula jinak dengan buku-buku cerita atau buku gambar, anak anda mungkin telah bersedia untuk diperkenalkan bunyi-bunyi huruf kepada anak anda. Oleh itu sambil anda membacakan cerita tersebut, terangkan bunyi huruf yang biasa dilihat yang ada pada teks yang dibacakan. Contohnya ‘a’, anda boleh menyebut: “Ah, cuba lihat ini. Ini bunyinya ‘aaa’ (untuk huruf ‘a’)” “Yang ini pula ‘beh’ (untuk huruf ‘b’)” Pastikan anda tidak memperkenalkan huruf yang dilihat itu dengan namanya, iaitu ‘ei’ bagi huruf ‘a’, atau ‘bi’ bagi huruf ‘b’. Kanak-kanak hanya perlu diperkenalkan dengan bunyi huruf sahaja iaitu ‘aa’ (untuk ‘a’) dan ‘beh’ (untuk ‘b’) kerana nama-nama huruf tidak ada makna bagi seorang kanak-kanak kecil. Bahkan mengajar nama-nama huruf, bagi seorang penulis buku, Professor Robert K. Logan dalam bukunya, The Alphabet Effect, mengatakan ‘teaching a,b,c is the first road block to reading.’

Atasi Rasa Mengantuk Semasa Bekerja

Rasa kurang cergas, mengantuk selepas makan tengah hari dan letih antara masalah biasa yang dialami kebanyakan orang. Perkara ini lebih ketara dalam tempoh satu hingga dua jam selepas makan tengah hari yang boleh menyebabkan produktiviti terjejas. Kadangkala kita hairan bagaimana orang yang jauh lebih tua boleh kekal cergas dan sentiasa bersemangat melaksanakan tugasnya. Sebenarnya masalah cepat letih dan kurang cergas disebabkan gaya hidup, tabiat pemakanan dan cara kita mengawal minda serta emosi. Tabiat dan pemilihan makanan mempengaruhi tahap kecergasan seseorang. Beberapa cara boleh dilakukan untuk meningkatkan kecergasan dan mengatasi masalah cepat letih serta mengantuk di tempat kerja. 1. Mesti bersarapan walaupun anda tidak rasa lapar. Kajian menunjukkan individu yang bersarapan berasa lebih baik daripada segi mental dan fizikal. Penyelidik dari Universiti Cardiff, United Kingdom mendapati hidangan seringkas bijirin sarapan pagi boleh merendahkan tahap hormon kortisol iaitu hormon yang menyebabkan tekanan. 2. Makan setiap tiga hingga empat jam dalam kuantiti kecil — maknanya anda mesti makan pagi, tengah hari dan malam. Makan secara teratur tiga kali sehari boleh mengawal paras gula dalam darah. Makan sedikit tetapi kerap lebih baik daripada makan banyak pada satu-satu masa. Ini kerana badan menggunakan lebih tenaga untuk menghadam makanan dan ini boleh membuatkan anda berasa letih. Pastikan setiap hidangan mengandungi karbohidrat dan protein sebagai sumber tenaga. Karbohidrat dari makanan ditukar kepada gula ringkas (sebagai tenaga) dan ini secara tidak langsung mengurangkan keinginan anda kepada makanan manis. 3. Lebihkan pengambilan sumber serat — Untuk mengekalkan kesihatan, kita disaran mengambil sekurang-kurangnya lima hidangan serat setiap hari tetapi jika mahu meningkatkan tahap kesihatan dan mencegah penyakit, kita perlu makan lima hingga sembilan hidangan sayur-sayuran dan buah-buahan sehari. Serat bukan saja membuat kita berasa lebih cepat kenyang, tetapi tempoh kenyang itu juga lebih lama. Ini kerana serat memperlahankan ‘kemasukan’ karbohidrat ke dalam darah yang membuatkan tenaga tahan lebih lama. 4. Minum banyak air. Air sangat penting untuk memastikan semua organ berfungsi secara optimum. Kekurangan air walaupun sedikit boleh membuatkan darah menjadi pekat dan memaksa jantung untuk mengepam lebih kuat. Tanpa disedari perkara ini menyebabkan kita terasa penat. Air juga membantu melancarkan aliran nutrien ke seluruh badan. Ia juga mengembalikan kepekatan darah ke paras normal. Jika anda berasa mengantuk, terutama selepas makan tengah hari, itu tandanya kurang oksigen sampai ke otak. Untuk mengatasinya, minum lebih banyak air masak bagi menghilangkan rasa mengantuk. Berapa banyak perlu minum? Sekurang-kurangnya lapan gelas atau satu liter sehari. Ada pengamal perubatan alternatif berpendapat satu liter masih tidak memadai kerana jumlah air yang hilang dari badan mungkin lebih banyak, terutama jika bersenam dan ketika cuaca panas. Jadi kita disaran minum lebih banyak kerana air menjadi bahan paling murah untuk menyingkir bahan toksik daripada badan. Antara cara untuk mengetahui sama ada anda cukup air atau tidak ialah mengira kekerapan ke tandas dan warna air kencing. Kekerapan yang normal ialah sekali dalam masa dua hingga empat jam dan air sepatutnya jernih serta berwarna kuning cair. Selain minum air kosong, sumber cecair lain ialah jus buah, sup dan buah-buahan yang mengandungi banyak air seperti tembikai, oren dan anggur. Namun individu yang ada masalah berat badan berlebihan digalak lebih banyak minum air kosong bagi mengelak pertambahan kalori yang tidak diperlukan daripada gula. 5. Kurangkan pengambilan minuman mengandungi kafein, terutama pada waktu petang dan malam. Kafein mempunyai kesan diuretik iaitu yang membuatkan anda kerap buang air kecil dan kehilangan banyak air. Bagaimanapun, ini bukan bermakna anda tidak boleh minum kopi atau teh kerana sekadar satu cawan tidak mendatangkan mudarat. Kajian menunjukkan pengambilan kafein pada kadar sederhana (200 hingga 300 miligram daripada dua atau tiga cawan kopi) boleh membuatkan kita berasa segar selama beberapa jam yang menyebabkan sukar untuk tidur malam dan akibatnya kita akan letih dan mengantuk di tempat kerja. 6. Segarkan semangat anda. Pilihan untuk gembira, sedih, malas atau rajin ada di tangan kita. Keletihan fizikal tidak sama dengan keletihan mental. Biasanya keletihan mental membuat anda berasa tidak bermaya dan tiada semangat untuk melakukan sebarang perkara. Keletihan fizikal hilang selepas kita mandi, berehat atau tidur seketika. Namun keletihan mental, termasuk perasaan sedih, marah, geram, bosan, bimbang atau tekanan lain, akan berlarutan selagi ia tidak ditangani. Badan bertindak balas terhadap perasaan yang kita pilih. Jika kita mahu berasa gembira, secara automatik badan dan otak terasa lebih bertenaga dan cergas. Namun jika anda masih terasa lesu, cuci muka. Ada kajian menunjukkan terapi air yang mudah ini boleh membuatkan kita berasa lebih segar.
7. Jangan mengeluh dan hilangkan apa yang terbuku dalam hati. Keluhan memberi kesan negatif kepada semangat kita. Perasaan terbuku sebenarnya adalah kesan sampingan tekanan yang boleh menyebabkan degupan jantung menjadi cepat dan meningkatkan tekanan darah. Kenal pasti apa yang membuatkan anda berasa tidak puas hati dan cari jalan untuk menyelesaikannya. Jika ia membabitkan perkara di luar bidang kuasa dan kemampuan kita, cara terbaik ialah dengan berasa reda kerana kita memang tidak mungkin memiliki semua yang diingini. 8. Jangan pandang rendah pada diri sendiri kerana tuhan menjadikan setiap insan sebagai individu yang sangat unik. Cari kelebihan diri dan gunakan ia sebagai perangsang semangat untuk menjalani hidup dengan lebih baik. Didik diri menjadi pemaaf kerana sikap ini sebenarnya memberi kesan positif terhadap minda dan emosi kita. 9. Amalkan teknik pernafasan betul. Tarik nafas dalam-dalam (hingga terasa udara masuk ke dalam perut), tahan seketika dan lepaskan perlahan-lahan. Ulang 10 kali. Apabila dalam keadaan tertekan, pernafasan menjadi cepat dan pendek. Akibatnya kurang oksigen dibawa masuk ke dalam badan yang membuatkan kita berasa cepat letih. 10. Senyum dan lakukan perkara baik. Senyuman bukan saja membuat orang berasa senang, tetapi ia juga mententeramkan perasaan kita. Selain itu, lakukan perkara baik dengan membantu orang lain. Peluang untuk berbuat baik sentiasa ada di keliling keliling kita, terpulang kepada anda sama ada mahu memanfaatkannya. 11. Kurangkan penggunaan televisyen dan komputer selepas jam 8 malam. Malam adalah waktu untuk anda berehat. Cahaya televisyen dan komputer menyebabkan anda lebih sukar tidur dan berehat. 12. Belajar menangani tekanan. Jika ada masalah, usah pendam sendirian. Luahkan kepada orang yang anda percaya dan boleh menyimpan rahsia. Jika anda sukar meluahkan perasaan dengan kata-kata, curahkan masalah anda di atas kertas. Ini juga sebahagian daripada terapi untuk mengurangkan tekanan. 13. Dapatkan rehat secukupnya. Pastikan anda mendapat cukup tidur yang berkualiti. Jika di tempat kerja, berhenti rehat seketika setiap jam dengan bangun dari tempat duduk untuk mengurangkan tekanan pada sesetengah anggota badan. 14. Bersenam. Ini adalah cara efektif untuk mengembalikan tenaga. Ramai bertanya kalau sudah letih bagaimana mahu bersenam? Rahsianya, apabila anda bersenam, badan mengeluarkan tenaga daripada lemak yang disimpan dan ia secara tidak langsung membuat anda berasa lebih segar, fikiran tenang serta mudah tidur pada waktu malam.

Jana Wang Dengan Facebook Page?

Facebook telah memberi satu peluang baru kepada semua orang untuk menjana wang melaluinya. Ia bukan lagi hanya menjadi satu medium untuk bersosial secara maya. Ada yang berjaya buat duit online dengan berniaga di Facebook seperti menjual produk fizikal, ebook, program affiliate, aplikasi Facebook, servis dan pelbagai lagi. Pendek kata, jika anda melakukannya dengan cara dan teknik yang betul, anda memang boleh buat duit dengan Facebook.

Beli & Simpan Emas!

Salah satu sebab kenapa ramai orang kaya sangat suka membeli dan memuat simpanan emas terutama emas fizikal adalah kerana tahap kecairannya yang sangat baik. Tidak seperti hartanah, emas mempunyai kecairan yang baik untuk mendapatkan tunai sekiranya keperluan benar-benar mendesak. Sama ada menjualnya atau untuk tujuan pajakan. Tambahan lagi simpanan dalam bentuk emas fizikal juga biasanya membuatkan pemiliknya mungkin berfikir lebih daripada sekali untuk menggunakannya sebab ianya tidaklah secair simpanan tunai yang boleh digunakan bila-bila masa. Ini kerana simpanan dalam bentuk wang tunai sangat mudah diterima untuk urusniaga. Jadi dengan simpan emas sebagai simpanan, ianya jauh lebih selamat untuk kekal sebagai simpanan milik anda. Yang menariknya lebih lama anda simpan dan miliki emas fizikal itu, bermakna ianya semakin menguntungkan pemiliknya! Sebab harga emas naik tahun demi tahun. Tambahan lagi ianya diterima di seluruh dunia. Inilah uniknya emas, tidak seperti matawang yang dikeluarkan oleh setiap negara, ianya diterima dan diiktiraf sebagai sesuatu yang berharga dan bernilai oleh semua orang di seluruh dunia dan sepanjang masa. Bayangkan ketika zaman pemerintahan Jepun (1942-1945) suatu ketika dahulu, wang kertas pokok pisang tidak lagi punyai nilai selepas Jepun tewas dalam perang dunia kedua kepada pihak British di Tanah Melayu. Tapi emas yang disimpan dari zaman tersebut tetap masih bernilai dan diterima sebagai sesuatu yang berharga sehingga ke hari ini. Selain itu, emas juga tahan lasak, senang dibawa dan boleh disimpan di mana-mana sahaja serta tetap bernilai walaupun dalam bentuk pasir. Itulah antara kelebihan beli dan simpan emas.