MENGENALI RISIKO JENIS PERNIAGAAN
Setiap bisnes sama ada bisnes kecil atau besar mempunyai risiko.Risiko kecil atau besar.
Setiap jenis bisnes adalah berbeza risikonya.Risiko bukanlah penyebab kepada kegagalan bisnes namun
usahawan perlu memahami setiap risiko agar berusaha mencari jalan mengatasi risiko.
Risiko bukan satu alasan untuk menjadikan kita menjauhi keusahawanan.Risiko adalah cabaran dan ujian dalam bisnes.Kehidupan ini adalah risiko.Contoh yang mudah adalah risiko berada di jalan raya adalah kemalangan.Adakah kerana kita takutkan risiko maka kita tidak akan berada di jalan raya?
Begitu juga risiko perkahwinan adalah perceraian.Adakah kerana takutkan risiko maka kita tidak mahu berkahwin dan membujang selamanya?
Begitulah perniagaan.Kita perlu akan berhadapan dengan risiko.Begitu juga pekerjaan.Ramai orang beranggapan bekerja makan gaji tiada risiko sedangkan apabila majikan jatuh bangkrap seperti kilang ditutup,maka pekerja akan kehilangan pekerjaan.Jadi apa jua kehidupan bakal berhadapan dengan risiko. Negara kita pernah mengalami kegawatan ekonomi pada tahun 1997 akibat penurunan nilai mata wang dan ribuan kilang telah ditutup.Ini membuktikan apa jua cabang kehidupan pasti mempunyai risiko.
Contoh risiko mengikut jenis perniagaan adalah:
1.Restoran-Risiko dalam perniagaan ini adalah kerugian yang diakibatkan oleh rosak dan
luputnya makanan dan minuman.Jika setiap hari lauk dan menu tidak habis,maka ianya
akan dibuang dan mendatangkan kerugian kepada peniaga.Ini adalah risiko yang sering
menimpa pengusaha restoran dan kedai makan.Peniaga perlu bijak melakukan usaha dan
tindakan agar risiko ini dapat dielakkan.
2.Penternakan-Risiko yang akan dihadapi oleh pengusaha dan peniaga adalah masalah
penyakit yang menimpa haiwan peliharaan.Jika ayam dan lembu ditimpa penyakit,maka
peniaga akan kerugian apabila haiwan tersebut mati atau disahkan tidak boleh dijual
kerana mendatangkan risiko kepada manusia.Begitu juga penternak ikan akan
menghadapi risiko kematian akibat racun atau penyakit.Bidang penternakan tidak dapat
mengelakkan risiko,justeru peniaga perlu bijak mengambil pelbagai langkah
mengelakkan pelbagai risiko dalam penternakan.
3.Pengurup wang-Risiko perniagaan ini adalah permintaan.Kebiasaannya,pengurup wang
mengharapkan kedatangan pelancong yang ramai kerana hanya pelancong yang banyak
memerlukan khidmat tukaran wang.Apabila pelancong berkurangan,maka aktiviti
perniagaan semakin kurang.Ini akan menjejaskan perniagaan.
4.Barang-barang kemas-Risiko yang akan melanda perniagaan ini adalah
permintaan.Apabila negara mengalami masalah ekonomi,permintaan kepada barang
kemas adalah kurang kerana rakyat berbelanja dengan berhemat.Pelanggan hanya akan
mencari barang kemas apabila amat diperlukan seperti pertunangan dan
perkahwinan.Permintaan terhadap barang kemas adalah kurang.Perniagaan ini juga akan
berhadapan risiko kecurian dan rompakan.Banyak kejadian rompakan dan kecurian
berlaku melibatkan kedai yang menjual barang-barang kemas.
5.Farmasi-Risiko permintaan kurang.Kebanyakan rakyat jarang mengunjungi farmasi
apabila demam dan sakit kerana beranggapan mengunjungi hospital dan klinik adalah
lebih baik.Sikap pengguna yang tidak mendapatkan makanan kesihatan seperti vitamin
juga menjejaskan perniagaan ini.Perniagaan ini juga berhadapan dengan risiko bekalan
ubatan yang mempunyai tempoh masa untuk digunakan dengan terhad.
6.Kedai pakaian-Risiko yang akan dihadapi perniagaan ini adalah pertukaran fesyen dan
rekaan.Ini akan menyebabkan stok bertimbun dan kerugian.Perniagaan ini juga akan
berhadapan dengan risiko permintaan kerana pakaian bukan keperluan utama dan
kebanyakan pengguna lebih mementingkan makanan.
7.Kedai runcit-Risiko had tempoh masa jenis barang dijual adalah terhad dan
terbatas.Apabila barang-barang telah busuk atau tamat tempoh penggunaan,peniaga
berhadapan dengan kerugian.
8.Perabot-Risiko permintaan terhad.Pengguna hanya akan membeli perabot apabila
perabot rosak dan ini akan memakan masa bertahun-tahun.
9.Barang elektrik-Risiko permintaan terhad dan perubahan teknologi.Peniaga akan
berhadapan risiko jika jualan kurang.Perubahan model dan teknologi pantas juga
menyebabkan lambakan stok.
10.Penerbitan-Risiko permintaan kurang akan melambakkan stok dan peniaga
menanggung kerugian.Penerbitan bergantung kepada pembeli yang rajin membaca.
11.Kontraktor-Risiko tender dan kerja kurang.Ini akan menjejaskan perniagaan.
12.Cermin mata-Permintaan terhad dan akan melambatkan perjalanan perniagaan.
13. Besi buruk-Risiko bekalan terhad dan terbatas.
14.Bunga-Risiko bunga mudah layu dan rosak.Begitu juga permintaan.
15.Makanan segera-Risiko kurang pelanggan akibat persaingan harga,lambakan stok
makanan.
16.Kolam memancing-Risiko kurang pelanggan kerana pemancing memilih alternatif lain
seperti lombong,sungai dan laut.
17.Klinik haiwan-Risiko kurang permintaan,makanan dan ubatan haiwan mempunyai
masa dan tempoh terhad.
18.Barang-barang kaca-Risiko permintaan terhad,barang mudah pecah.
19.Kedai buku-Risiko lambakan buku,permintaan kurang akibat tiada kesedaran
membaca.
20.Keperluan pengantin-Risiko permintaan terhad dan bermusim.
21.Sewa kenderaan-Risiko permintaan terhad,kerosakan kenderaan.
22.Barang antik-Risiko kurang permintaan dan terhad.
23.Kek-Risiko permintaan kurang dan bermusim.
24.Kraftangan-Risiko permintaan terhad,lambakan stok.
25.Produk kesihatan-Risiko permintaan terhad,stok mempunyai had masa tertentu.
26.Produk kecantikan-Risiko permintaan terhad.
27.Landskap-Risiko permintaan terhad dan bermusim.
28.Penternakan ikan -Risiko penyakit dan kematian.Banyak juga berlaku kes kolam ikan diracun kerana hasad dengki .
29.Pelancongan-Risiko permintaan terhad dan bermusim.
30.Bengkel membaiki kenderaan-Risiko permintaan terhad.
31.Kaset,cd,vcd,dvd-Risiko kurang jualan lantaran masalah cetak rompak.
Demikianlah beberapa risiko yang akan dihadapi oleh peniaga yang menjalankan
perniagaan mengikut jenisnya.Peniaga patut menyedari setiap risiko perniagaan yang
akan wujud dalam setiap perniagaan.Peniaga perlu mencari jalan agar risiko dapat
diminimumkan atau dihapuskan sama sekali.
Risiko dalam perniagaan tidak sepatutnya menjadi batu penghalang atau ketakutan
kepada bangsa Melayu untuk menceburi perniagaan dan menjadi usahawan.Apabila
peniaga mengkaji setiap risiko perniagaan,peniaga perlu mencari idea dan langkah positif
agar mengelakkan risiko atau meminimumkan risiko.Itulah peniaga bijak.
Jangan jadikan risiko sebagai penutup kemahuan anda untuk berniaga.Ingatlah,tiada
satu pun perniagaan yang tidak mempunyai risiko.Setiap perniagaan akan datang bersama
risiko.Justeru anda perlu bijak mencari idea dan membuat pelbagai pelan dan strategi
supaya risiko dapat ditangani.
Oleh demikian perkara penting sebelum menjadi usahawan adalah ilmu dan kemahiran.Ramai bertanya bagaimana mencari ilmu kerana mereka belum lagi berniaga dan ilmu datang setelah berniaga.Pandangan ini adalah silap.Pepatah ada mengatakan sediakan payung sebelum hujan.Bukan sudah hujan baru terkebil-kebil mencari payung!
Pada nota sebelum ini saya telah menceritakan jenis perniagaan yang kita mahu pilih.Sebelum mahu memilih jenis perniagaan kita perlu membuat kajian dan perancangan agar bisnes yang kita pilih adalah betul.
Ramai usahawan gagal dalam bisnes kerana mereka tidak memahami setiap risiko bisnes yang mereka jalankan.Mereka juga gagal kerana gagal menangani setiap risiko yang hadir.
Kita perlu belajar dan belajar.Saya membuka blog ini untuk memberi ilmu,bukan menjual barang.Saya tidak perlukan pujian dan juga tidak mahukan kejian.Saya mahu lebih ramai Melayu berkecimpung dalam bisnes.Saya juga mahu yang telah berniaga mmepunyai ilmu dan kemahiran memajukan lagi bisnes.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan